Search This Blog

Saturday 4 June 2016

PUKUR MAS


Sesungguhnya bumi Allah ini kaya dengan hasil bagi mereka yang mahu berusaha dan tahu bersyukur...  That is how they live in Bangladesh.. Food.. no problem.. turn to the left or right, you will find food everywhere.. its just a matter of appreciating it or not. 

Jika diimbas kembali, ia sama seperti Malaysia suatu ketika dahulu, terutama di zaman nenek dan ibu kita dahulu yang hanya mengutip kangkung mahupun mengorek ubi kayu untuk dijadikan bahan makanan. Alangkah sedihnya apabila zaman ini, rakyat Malaysia sudah menjadi umpama kufur nikmat lantaran kemewahan yang tidak terkawal.

Sesekali menyingkap tabir hidup yang sebegini membuatkan rasa insaf menyucuk sanubari dan menjentik rasa sesal dihati atas kealpaan sendiri. Semoga allah sentiasa mengingatkan diriku ini bahawa tiada satupun milik kita yang boleh dibanggakan melainkan segalanya milik Rabbul Jalil...

Boro mas bhai... khub shad


Apa pun, mari kita  lihat ikan yang ditangkap oleh Shahidul Bhai ini akan diproses oleh Tanjula Appa (kakak) dan Parul Appa.

One thing that I would like to stress here is that, they only catch the biggest fish to serve to  the guest. At first, I was wondering why were they letting go a lot of fish out from the net, later I was told that they refused to keep the small fish as they were looking for the best to be served to the guest. Mashaallah..

Sebenarnya mereka benar-benar mengamalkan suruhan baginda yang mengajar kita bahawa sekiranya ingin bersedekah maka berilah yang terbaik. Alangkah besarnya hati orang kampung ini yang datang bercawat pelikat sahaja untuk bekerjasama menangkap ikan untuk dihidangkan kepada tetamu. Malahan kita orang Malaysia yang dikategorikan berada pun kadang-kadang terdetik sifat kurang ikhlas ketika menderma

Iseleye..lokh bhola.. sirf boro dil lokh..hamesha kushi milega..kiu? Kiu ki.. wo lokh hamesha achi sochta.. kharap kabhi bhi nehi sochta..(positive thinking)

Tanjula or Parul appa..


Ini suatu lagi seni dapur yang saya perhatikan sangat berbeza dari apa yang biasa kita gunakan di Malaysia. Kita menggunakan pisau untuk memotong namun di bumi Bangladesh, mereka menggunakan sabit yang ditegakkan menantang ke arah pengguna sebagai alat memotong. Ia dinamakan Bodhi. Ketika pertama kali melihat, saya agak ngeri memandangkan ia amat tajam. Namun tatkala melihat kemahiran yang sangat tinggi dipertontonkan oleh kedua-kedua kakak ini membuatkan saya terlopong kehairanan bercampur kagum. Sabit ini biasanya mempunyai kaki besi yang membolehkan ia terpacak dengan stabil.Walaubagaimanapun.. andai tiada kemahiran yang sepatutnya, ia tetap sahaja membahayakan.

Tanjula appa is cutting the fish using Bodhi

I would say, that was a significant eye-opening day for me.. a heart-touching day too, I guess... I will always remember that day... 

No comments:

Post a Comment